Zaliya tidak mahu Asmara menyebelahinya apabila berlaku pertengkaran Zaliya dengan bapanya.Zaliya juga merasakan tindakan Sahlan yang mahu mengurungnya begitu keterlaluan. Zaliya tidak menghiraukan arahan bapanya. Dalam senyap-senyap dia keluar untuk berjumpa Raziq dan merayu Raziq mengahwininya demi anak mereka. Raziq tidak langsung menyintai Zaliya.Dari awal dia memang berniat untuk berseronok semata-mata dengan Zaliya. Raziq sanggup memberi Zaliya wang untuk menggugurkan anak dalam kandungannya. Tria terserempak dengan Zaliya yang pulang lewat malam ke rumah. Tria mengesyaki Zaliya masih mengunjungi kelab-kelab malam dan kawan-kawan lamanya. Zaliya berterus terang dia berjumpa Raziq kekasih lamanya.