Asmara Club
Mitmachen
Fanpop
New Post
Explore Fanpop
posted by fracklesdean
Enam bulan selepas kematian Zaliya. Asmara menjadi pemurung dan terasa kehilangan yang amat sangat. Asmara amat terkilan kerana dia tidak sempat bertemu Zaliya pada saat-saat akhir Zaliya kerana berada di kampung. Sahlan dikatakan mahu pengkebumian Zaliya dilakukan segera. Ketika tergesa-gesa pulang ke Kuala Lumpur, motorsikal Asmara rosak di tengah jalan. dalam masa sama Asmara terpaksa mengambil masa mencari teksi. Asmara sampai ketika jenazah Zaliya sudah dikebumikan. Asmara hanya mengurung diri di rumah Nek Mah di kampung. Dia seolah-olah hidup dalam bayangan Zaliya. Nek Mah mulai bising-bising kerana Asmara hilang semangat untuk hidup. Nek Mah mahu Asmara memikirkan masa depan Adam yang ada dalam jagaan mereka.
posted by fracklesdean
Zaliya tidak mahu Asmara menyebelahinya apabila berlaku pertengkaran Zaliya dengan bapanya.Zaliya juga merasakan tindakan Sahlan yang mahu mengurungnya begitu keterlaluan. Zaliya tidak menghiraukan arahan bapanya. Dalam senyap-senyap dia keluar untuk berjumpa Raziq dan merayu Raziq mengahwininya demi anak mereka. Raziq tidak langsung menyintai Zaliya.Dari awal dia memang berniat untuk berseronok semata-mata dengan Zaliya. Raziq sanggup memberi Zaliya wang untuk menggugurkan anak dalam kandungannya. Tria terserempak dengan Zaliya yang pulang lewat malam ke rumah. Tria mengesyaki Zaliya masih mengunjungi kelab-kelab malam dan kawan-kawan lamanya. Zaliya berterus terang dia berjumpa Raziq kekasih lamanya.